Kami berbangga kerana Serunding Rahmah Kg Laut selama 2 tahun berturut-turut menjadi pembekal serunding kepada kontingen negara ke Kejohanan Sukan Paralimpik Musim Panas XIII Beijing 2008, yang diadakan di Beijing, China dari 6 hingga 17 September 2008 dan Kejohanan Sukan Paralimpik Asia Pasifik 2009 yang diadakan di Tokyo, Jepun dari 1 hingga 16 September 2009.
SERUNDING RAHMAH KE CHINA & JEPUN
14 12 2009Comments : Leave a Comment »
Categories : Uncategorized
KG. LAUT YANG TERKENAL
14 12 2009Kg. Laut ialah sebuah perkampungan tradisional Melayu yang terletak di pinggir Sungai Kelantan. Sebuah kampung yang sangat padat penduduknya. Terletak kira-kira 10 km daripada Bandar Kota Bharu dan 8 km daripada Bandar Tumpat. Kg Laut boleh dihubungi dari Kota Bharu melalui jalanraya atau dengan menaiki bot penumpang menyusuri Sungai Kelantan.
Kg Laut memang terkenal dengan perusahaan serunding yang diproses secara tradisional. Ketika ini terdapat kira-kira 62 pengusaha serunding yang sebahagian besarnya dibuat secara kecil-kecilan bagi memperolehi pendapatan tambahan keluarga.
Serunding Rahmah ialah perusahaan membuat serunding yang diusahakan oleh Keluarga Hajjah Rahmah, dengan resipi istimewa yang diwarisi dari arwah ibunya Mak Som Pak Soh yang merupakan pelopor perusahaan pembuatan serunding di Kg Laut.
Kalau dahulu Kg Laut dikenali kerana masjidnya, Masjid Kg Laut yang merupakan masjid tertua di Malaysia, kini Kg Laut dikenali dengan industri serunding. Selain daripada perusahaan serunding, Kg Laut juga terkenal dengan perusahaan dodol, keropok, batik dan penternakan burung walit (layang-layang).
Kg Laut juga terkenal dengan Kumpulan Rebana Kercing, satu-satunya kumpulan rebana kercing yang masih ada dan mampu bertahan di Kelantan. Tidak sempurna lawatan anda ke Kelantan sekiranya tidak berkunjung ke Kg Laut.
Kami juga mengalu-alukan lawatan anda ke kilang Serunding Rahmah Kg Laut.
Comments : 1 Comment »
Categories : Uncategorized
