KG. LAUT YANG TERKENAL

14 12 2009

Kg. Laut ialah sebuah perkampungan tradisional Melayu yang terletak di pinggir Sungai Kelantan. Sebuah kampung yang sangat padat penduduknya. Terletak kira-kira 10 km daripada Bandar Kota Bharu dan 8 km daripada Bandar Tumpat. Kg Laut boleh dihubungi dari Kota Bharu melalui jalanraya atau dengan menaiki bot penumpang menyusuri Sungai Kelantan.

Kg Laut memang terkenal dengan perusahaan serunding yang diproses secara tradisional. Ketika ini terdapat kira-kira 62 pengusaha serunding yang sebahagian besarnya dibuat secara kecil-kecilan bagi memperolehi pendapatan tambahan keluarga.

Serunding Rahmah ialah perusahaan membuat serunding yang diusahakan oleh Keluarga Hajjah Rahmah, dengan resipi istimewa yang diwarisi dari arwah ibunya Mak Som Pak Soh yang merupakan pelopor perusahaan pembuatan serunding secara komersil di Kg Laut.

Kalau dahulu Kg Laut dikenali kerana masjidnya, Masjid Kg Laut yang merupakan masjid tertua di Malaysia, kini Kg Laut dikenali dengan industri serunding. Selain daripada perusahaan serunding, Kg Laut juga terkenal dengan perusahaan dodol, keropok dan batik.

Kg Laut juga terkenal dengan Kumpulan Rebana Kercing, satu-satunya kumpulan rebana kercing yang masih ada dan mampu bertahan di Kelantan. Tidak sempurna lawatan anda ke Kelantan sekiranya tidak berkunjung ke Kg Laut.

Kami juga mengalu-alukan lawatan anda ke kilang Serunding Rahmah Kg Laut.


Actions

Information

One response

14 12 2009
Mr WordPress

Hi, this is a comment.
To delete a comment, just log in, and view the posts’ comments, there you will have the option to edit or delete them.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: